VERIFIKASI KE ATAS PREMIS-PREMIS DI SEKITAR DAERAH BARAT DAYA DAN DAERAH TIMUR LAUT SERTA RONDAAN PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah menjalankan rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran alam sekitar di sekitar Daerah Barat Daya dan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada 19 Mac 2022. JAS mendapati, dari empat premis yang telah diperiksa, dua premis sudah tidak beroperasi/berpindah, satu premis beroperasi sebagai pejabat manakala satu premis telah mematuhi Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Tujuan verifikasi ini dijalankan adalah untuk mengemaskini rekod inventori premis-premis di kawasan tersebut.

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah diteruskan di kawasan IKS Jelutong dan JAS mendapati tiada pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis. Selanjutnya, pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka turut dibuat di sekitar Batu Maung, Permatang Damar Laut, Kampung Seronok, Sg. Batu, Teluk Kumbar, Balik Pulau, Paya Terubong, Ayer Itam, Bukit Bendera, Jalan Utama, Mount Erskine, Tanjung Bungah, Pulau Tikus, Padang Kota, dan Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, dan JAS mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Sumber: Facebook Jabatan Alam Sekitar

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …