KPKK SASAR PENGELUARAN SUSU GETAH 200,000 TAN SETAHUN

TANAH MERAH – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasar penghasilan lateks atau susu getah mencecah 200,000 tan setahun dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi Program Koridor Lateks Pantai Timur.

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, negara sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 400,000 tan susu getah setahun namun setakat ini kita hanya mampu menghasilkan kurang daripada 10 peratus daripada permintaan getah iaitu sekitar 32,000 tan setahun.

Program Koridor Lateks Pantai Timur membabitkan seramai 200,000 pekebun getah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dan kita mensasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada permintaan susu getah iaitu sebanyak 200,000 tan setahun dapat dihasilkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagi setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program ini, mereka akan menerima bantuan di dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara sekali beri (one-off) selain peserta juga akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 bagi sekilogram 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …