TANGKAPAN PINJAMAN WANG TANPA LESEN OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Balai Polis Teluk Bahang dan Balai Polis Bayan Lepas telah menahan dua (2) lelaki berusia 20’an dan 40’an semasa menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) pada 17 Mac 2022.

Tangkapan yang dilakukan oleh Balai Teluk Bahang adalah di bawah sebuah flat di Teluk Bahang yang disyaki menjalankan aktiviti judi loteri awam haram. Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas satu unit telefon bimbit yang memaparkan angka dan nilai taruhan serta sejumlah wang yang disyaki taruhan judi.

Manakala tangkapan yang dilakukan oleh Balai Bayan Lepas pula adalah di belakang sebuah rumah di Jalan Mahkamah, Bayan Lepas. Di situ, pihak polis menemui 23 bungkusan yang disyaki air ketum.

Kes disiasat di bawah Sek 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sek 30(3) Akta Racun 1952.

 

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut