OPS KONTENA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG DI NBCT PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pengurusan CBRNE (Chemical/ Biological/ Radioactive/ Nuclear/ Explosive)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang yang terdiri daripada 14 Pegawai Penguatkuasa telah menjalankan Ops Kontena di Pengkalan Kontena Butterworth, (NBCT) Pulau Pinang pada 17 Mac 2021. Turut serta dalam operasi adalah Pengarah JAS Pulau Pinang, Timbalan Pengarah (Operasi) JAS Pulau Pinang dan pegawai-pegawai daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang. Pemeriksaan ini dijalankan bersama pihak consignee, shipping agent dan pegawai pelabuhan NBCT.

Ops ini melibatkan pemeriksaan tujuh unit kontena yang berisi sekerap logam jenis copper wire scrap yang dibawa masuk ke Malaysia dari Amerika Syarikat. Pemeriksaan dibuat bertujuan untuk membuat pengecaman dan pengesahan sama ada buangan sekerap logam yang dibawa dalam kontena ini turut mengandungi bahan buangan terjadual.

Sumber: Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

LIMA INDIVIDU BERDEPAN 23 PERTUDUHAN BERKAITAN PROJEK PPRT

PROSIDING: Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Lima individu berdepan keseluruhan 23 …

SABAH-KANADA ERAT KERJASAMA PERDAGANGAN, PELABURAN

KUNJUNGAN: Hajiji berbincang dengan Jodi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu hubungan baik …

87 PTI INDONESIA DIHANTAR PULANG MELALUI LAUT

PEMINDAHAN: Kesemua PTI terbabit dihantar pulang ke negara asal melalui laluan laut. TAWAU: Seramai 87 tahanan Pendatang Tanpa Izin (PTI) …