MCD BERSAMA SKUAD JEJAK ASNAF MAIWP TURUN PADANG SANTUN ASNAF

Skuad Jejak Asnaf MAIWP dan PPZ-MAIWP akan berkerjasama dalam menjayakan satu program sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Program yang belum diberikan nama ini akan cuba diadakan pada minggu pertama masuknya bulan Ramadan.

Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meraikan Syarikat Gerbang Alaf atau nama komersialnya McDonald kerana masih konsisten dalam mengeluarkan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP sehingga tahun 2022 ini.

Mengambil kesempatan tersebut, McDonald berbesar hati untuk sendiri turun kelapangan bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan bantuan kepada asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan dibantu oleh Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP.

Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar mengikut seperti yang dirancangkan selain mengambil peluang mempromosikan agihan zakat kepada masyarakat sekaligus menarik perhatian kepada pembayar zakat baharu di Wilayah Persekutuan.

#MAIWP

#PPZ-MAIWP

#MCD

#SKUADJEJAKASNAFMAIWP

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …