KESELAMATAN MAKANAN: PANDUAN PENGGUNAAN MINYAK MASAK BERULANG KALI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Minyak masak yang biasa digunakan bagi menggoreng makanan adalah minyak kelapa sawit atau palm olein. Ia bertindak sebagai medium pemindahan haba kepada makanan semasa proses penggorengan.

Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baharu jika berlaku perkara berikut :

  • Warna minyak masak menjadi perang pekat.

  • Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.

  • Minyak masak berbau tengik.

  • Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.

  • Warna makanan yang digoreng menjadi terlalu perang dan tidak menarik.

  • Rasa makanan yang digoreng menjadi tidak sedap disebabkan oleh sisa makanan dalam minyak masak.

 

Turut dikongsikan cara-cara pembuangan minyak masak yang betul:

  1. Buang minyak masak yang telah dikenal pasti rosak atau tidak sesuai digunakan lagi.

  2. Pastikan minyak masak yang telah diguna berulang kali disejukkan sebelum dibuang.

  3. Minyak masak yang akan dibuang hendaklah dikumpul dalam bekas yang tertutup bagi pembuangan melalui sistem sampah atau sistem pengutipan minyak masak.

  4. ELAK pembuangan minyak masak ke dalam sinki dan longkang kerana ia akan menjejaskan sistem paip, longkang dan sisitem pengaliran air.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber:

Laman Facebook Rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …