ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA: PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA DIBUKA PERTENGAHAN APRIL 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan dibuka bermula pertengahan April 2022 ini. Fasa pertama ‘rollout’ Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia akan dibuat seawal minggu pertama Jun.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk mereka yang baru mendapat tempat di universiti nanti. Beliau turut memaklumkan bahawa pelaksanaan program itu akan dikawal selia oleh satu unit di bawah kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan. Ia bagi membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Sumber:

Sinar Harian

BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut