KONVENSYEN HALA TUJU PENGURUSAN MASJID PERINGJKAT KEBANGSAAN 2022

   

JHEAINS telah menganjurkan Konvensyen Hala Tuju Pengurusan Masjid Peringkat Kebangsaan 2022 pada 17 Mac 2022 bertempat di Klana Resort Seremban. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Seramai hampir 300 orang peserta daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JHEAINS serta Pengerusi Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Sembilan telah menghadiri konvensyen ini.

Antara matlamat konvensyen ini adalah untuk menghasilkan natijah yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada institusi masjid melalui kaedah dalam mengurus tadbir masjid yang lebih sistematik dan efektif.

 

Sumber : FB Jabatan Hal Ehwal Agama Islam “Official”

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …