KELUARGA MALAYSIA BANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyrakat)

Penglibatan seluruh Keluarga Malaysia dalam membanteras penyalahgunaan dadah amat penting kerana kita merupakan  agen utama dalam menjayakan misi dadah terkawal dalam negara. Masyarakat perlu mengelak daripada bersikap ‘not me syndrome‘ sebaliknya bersama memainkan dalam mengambil tindakan dan menjadi frontliner dalam menangani isu dadah dalam komuniti masing-masing. Ibu bapa dan keluarga adalah entiti paling kecil dalam masyarakat yang perlu memainkan peranan paling serius dalam memastikan anak-anak tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. #lebihbaikcegah Tingkatkan potensi melalui prestasi bukan risiko.

Manakala, bagi golongan remaja/belia, mereka perlulah membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya dapat menangkis gejala sosial, terutama yang berpunca daripada penyalahgunaan dadah. Generasi muda juga perlu berani mengatakan ‘tidak’ kepada dadah sekiranya tidak mahu gejala penyalahgunaan dadah ini akan menjadikan negara kehilangan pewaris pemimpin negara pada masa depan. Berikut dikongsikan faktor-faktor yang menyebabkan belia berkesperimen dengan dadah sebagai ingatan kepada semua remaja/ belia dan juga ibu bapa serta keluarga. Sebagai masyarakat, kita juga memainkan peranan untuk memberi sokongan dan bimbingan kepada mereka untuk menerajui kehidupan yang berjaya dan bebas daripada kancah jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Sumber:

Laman Facebook Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …