KEMPEN KITA DEMI NEGARA

DASAR KESELMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Kenegaraan)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggerakkan kempen Kita Demi Negara selaras dengan aspirasi dan konsep Keluarga Malaysia. Menterinya, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kempen bertemakan ‘Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama’ itu mengajak rakyat Malaysia bekerjasama dengan pihak kementerian menjaga keamanan negara.
Kerajaan sentiasa komited dalam menitikberatkan aspek keselamatan demi kesejahteraan bersama. YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin turut memaklumkan bahawa negara yang selamat dan aman merupakan asas pada pembangunan terutamanya melibatkan pertumbuhan ekonomi. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Kita Demi Negara’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17 Mac 2021.
Turut menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri KDN II, Datuk Jonathan Yasin; Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon. Program Kempen Kita Demi Negara berlangsung pada 17 Mac 2022 bermula 9 pagi hingga 5 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Pengunjung disarankan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

 

Sumber:

Laman Facebook Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …