PBAPP MOHON SEMAKAN TARIF AIR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Keselamatan Air)

GEORGETOWN, 17 Mac 2022 : Perbadanan Belakan Air Pulau Pinang Sdn.Bhd. (PBAPP) akan memohon semakan tarif air dalam usaha untuk meningkatkan dana bagi pelaksanaan projek Pelan Kontingensi Air Mentah 2030 (RWCP 2030) Negeri Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata permohonan itu dibuat pada tahun 2022 dan ia akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), namun keputusannya tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, semakan tarif air terakhir di Negeri Pulau Pinang  dilaksanakan pada 2015 dan PBAPP telah memohon semakan tarif air ini pada 2019. Walaubagaimanapun, Menteri Alam Sekitar Dan Air (KASA) telah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2020 dan 2021 bahawa Kerajaan Persekutuan telah menangguhkan semua kajian semula tarif air berikutan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia. Ketika ini, purata tarif air domestik Pulau Pinang untuk 35,000 liter pertama ialah RM 0.32 setiap 1,000 liter air dan ia adalah yang terendah di Malaysia.

Menurutnya lagi, PBAPP tidak mencari keuntungan yang lebih tinggi sebaliknya dana tambahan yang diperolehi akan dilaburkan semula terutamanya ke dalam projek RWCP 2030 PBAPP. Rasional utama untuk Cadangan Semakan Tarif Air Pulau Pinang 2022 adalah kerana Pulau Pinang tidak dapat menampung peningkatan permintaan air tanpa projek RWCP 2030.

Terdapat lima (5) projek di bawah RWCP 2030 yang dijadualkan siap dalam tempoh tahun 2022 hingga 2028 adalah Fasa 2 bagi naik taraf tangki  Pemendapan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, pakej 12A LRA Sungai Dua tambahan modul rawatan air yang baharu, Fasa 1 LRA Empangan Mengkuang , Fasa 1 LRA Sungai Muda dan Skim Bekalan air Sungai Perai.

Manakala objektif utama projek-projek tersebut adalah untuk memastikan kecukupan air di Negeri Pulau Pinang ketika negeri ini meneruskan perjalanannya ke arah pemulihan sosioekonomi pasca pandemik.

Datuk Ir Jaseni Maidinsa juga menyatakan bahawa tarif air sedia ada yang tidak mampan mengakibatkan RM 97.3 juta dalam subsidi domestik pada tahun 2021. Penggunaan air di Negeri Pulau Pinang telah diunjurkan mencecah 1,532 juta liter sehari (JLH) menjelang tahun 2030 dan 2,178 JLH menjelang 2050, berdasarkan kajian kejuruteraan bekalan air bebas yang disiapkan pada tahun 2021.

 

Sumber:

BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 5 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 28 April 2024 • 1 lokaliti di daerah Jeli • 2 lokaliti di …
Maklumat Lanjut

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut