AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH DIBENARKAN MULAI 21 MAC INI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah akan dibenarkan pada sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin).

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini. Walau bagaimanapun, kebenaran aktiviti tersebut hanya diberikan bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja.

Sehubungan dengan itu, KPM akan mengumumkan garis panduan serta aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dalam masa terdekat.

Sumber : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MONSUN TIMUR LAUT

Tahukah anda? Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah …

PATRIOTISME DI ERA SIBER

Mempertahankan negara bukan sahaja di medan nyata, tetapi juga di ruang digital. Setiap klik, perkongsian dan tindakan kita membawa tanggungjawab …

ANCAMAN SIBER: BERSATU MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGARA!

Ancaman siber bukan sekadar penggodaman akaun, penipuan dalam talian atau kecurian data. Serangan siber berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan, kelumpuhan sistem …