PENGUATKUASAAN KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM – KPA (BAS EKSPRES DAN BAS PERSIARAN)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 17 Mac 2022 – Satu penguatkuasaan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dengan fokus utama Bas Ekspres dan Bas Persiaran telah diadakan oleh Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang bertempat di Plaza Tol Juru, Pulau Pinang. Penguatkuasaan ini diadakan pada 15 Mac hingga 16 Mac 2022 bersempena musim cuti persekolahan.

Penguatkuasan ke atas KPA ini diadakan bagi memastikan pemandu dan pengusaha mematuhi peraturan dan undang-undang dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 serta kenderaan selamat digunakan di jalan raya.

Beberapa buah KPA telah dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan seperti tiada pemandu kedua bagi bas ekspres yang perjalanan melebihi 300 km atau perjalanan 4 jam berterusan, tidak mengemaskini buku log pemandu dan kesalahan teknikal seperti cermin utama retak.

JPJ Negeri Pulau Pinang komited bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan kepada semua pengguna jalan raya. Ini juga bertujuan agar kempen-kempen ‘Pandu Cermat’ dan ‘Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasi’ dapat direalisasikan serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya terhadap kenderaan perkhidmatan awam di negeri ini.

Sumber : Laman FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …