FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA (FRP)

Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan penganjuran kali ke-9 Festival Ramadan Putrajaya atau FRP 2022 yang bakal bermula pada 31 Mac sehingga 2 Mei 2022 iaitu 3 hari lebih awal tarikh 1 Ramadan serta akan beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. FRP 2022 akan berlangsung di kawasan Dataran Putrajaya Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan kawasan bersebelahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA).

Sesi sidang media oleh YBrs Tuan Nik Shukri Nik Soh, Naib Presiden Perkhidmatan Bandar PPj. Turut hadir bersama, En Jeffri Mustapa, Pengarah Bah Pelesenan PPj serta En Ahmad Faizal Pengarah Strategik ANS Diversified Sdn Bhd.

FRP 2022 FRP2022 dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu Bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk dan Laman Iftar.

Festival Ramadan Putrajaya atau FRP 2022 bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. Disamping itu, penganjuran festival ini adalah untuk menyokong perkembangan dan pemulihan ekonomi Putrajaya supaya dapat berkembang dan pulih.

Bersempana dengan bulan ramadan yang bakal tiba, pelbagai pengisian berbentuk kerohanian dan kemasyarakatan turut dirancang oleh PPj seperti sesi tazkirah, ceramah, tadarus Al-Quran serta program-program lain bersama komuniti Putrajaya. Kempen-kempen kesedaran alam sekitar, amalan hijau turut digiatkan selaras dengan aspirasi menjadikan Putrajaya sebagai sebuah Bandar Hijau dan Bandar Pintar.

#putrajaya

#FestivalRamadanPutrajaya2022

#KeluargaMalaysia

SUMBER: FB PERBADANAN PUTRAJAYA https://www.facebook.com/putrajaya

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …