DKN 2021-2025: NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3 (KESEPADUAN NASIONAL)

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama. Kesepaduan nasional merupakan teras kekuatan dan keselamatan negara.

Kesepaduan negara akan terhasil melalui ikatan perpaduan di kalangan seluruhrakyat Malaysia. Dalam hubungan ini, formula perpaduan bagi negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia terletak kepada kesatuan rakyatpelbagai kaum untuk hidup saling faham memahami, bertoleransi, menerima kepelbagaian antara satu sama lain dan memahami kontrak sosial yang menjadi tunjang kesepaduan rakyat Malaysia serta menghormati hak-hak asasi manusia berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Kesepaduan Nasioal turut dicerminkan melalui intergrasi negeri-negeri yang bernaung di dalam persekutuan ini dan membentuk suatu ‘Pasukan Malaysia’ yang sentiasa sedia memelihara kedaulatan, keamanan dan kesejahteraaan negara yang bertuah ini.

 

Sesungguhnya, faktor keselamatan merupakan salah satu tonggak yang penting dan menjadi asas kepada kejayaan kita dalam mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan negara.

“Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …