TANGKAPAN DADAH OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

PULAU PINANG, 16 Mac 2022 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya dan Balai Polis Bayan Baru telah berjaya membuat tangkapan ke atas dua (2) lelaki berusia 20’an dan 50’an.

BSJND telah membuat tangkapan di sebuah rumah di Lengkok Mahsuri, Bayan Baru semasa melakukan tugas ‘OP TAPIS’. Polis Barat Daya telah menahan seorang lelaki dan menemui lebih kurang 18 gram disyaki heroin.

Balai Polis Bayan Baru pula membuat tangkapan di Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru semasa melakukan tugas Ronda Cegah Jenayah. Seorang lelaki telah ditahan dan pihak polis menemui lebih kurang 1.19 gram disyaki disyaki syabu.

Kes disiasat di bawah Sek 39B ADB 1952, Sek 12(3) ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …