PROGRAM ‘MEET & GREET’ OLEH UNIT KOLABORASI & AMANITA BALAI POLIS TRAVERS

KUALA LUMPUR, 15 MAC 2022  – Program ‘Meet & Greet’ anjuran unit Kolaborasi dan Amanita Balai Polis Travers telah diadakan di sekitar Jalan Bangsar Utama, Bangsar, Kuala Lumpur. Hadir mengendalikan program, Kpl Nurazlinda binti Jamal, Penyelia Bilik Maklumat / Amanita Balai Polis Travers bersama Kpl Mohammed Imran bin Ahmad Dali, L/Kpl Mohd Nazri bin Bashir, L/Kpl Suhaimi bin Ab Samad dan Konst Muhammad Amir Syazwan bin Nor Hisham.

Tujuan utama program adalah untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan orang ramai. Selain itu juga, program ini juga dapat merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dengan PDRM khususnya Balai Polis Travers.

 

 

Dalam program ini, masyarakat turut diberikan pengetahuan mengenai trend jenayah terkini serta tips-tips pencegahan jenayah. Turut diedarkan risalah-risalah berkaitan Amanita seperti ‘Engage Housewives in Neighbourhood Safety’, Buku Poket 111 Tips Mencegah Jenayah dan Bersama Mencegah Jenayah kepada pengunjung yang ditemui.

Secara tidak langsung, program ini dapat memberikan keyakinan masyarakat mengenai keselamatan di kawasan tersebut di samping menasihati para pengunjung yang ditemui agar sentiasa berwaspada dengan jenayah seluk-saku yang sering berlaku di stesen-stesen LRT, pusat membeli-belah dan pasaraya.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 1.00 tengahari.

 

SUMBER: IPD BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …