PERSEDIAAN BALAI POLIS BERGERAK (BAS BERGERAK) IPD BRICKFIELDS SEBAGAI PENGKALAN HADAPAN

Bahagian Ketenteraman Awam (BKA) dan Bahagian Logistik dan Teknologi (BLog) IPD Brickfields telah menjalankan kerja-kerja penambahbaikkan terhadap Balai Polis Bergerak (Bas Bergerak) IPD Brickfields untuk digunapakai sebagai Pengkalan Hadapan serta telah dilengkapkan dengan peta keseluruhan pentadbiran IPD Brickfields dan peta Balai-balai Polis dibawahnya. Bas ini turut dilengkapi dengan carta-carta yang akan digunakan semasa pengurusan bencana termasuklah pembukaan PKTK, PPS serta lain-lain penugasan dalam kawasan pentadbiran IPD Brickfields.

Dengan pengkemaskinian yang dibuat pada Bas Bergerak ini dapatlah pegawai serta anggota yang bertugas membuat rujukan kawasan terutama persempadanan kawasan disamping berketerampilan lebih kemas dan terancang.

Penampilan Bas Bergerak PDRM ini dapat menaikkan imej bahawa PDRM sebagai ‘Lead Agency’ yang utama semasa berlakunya situasi bencana mahupun lain-lain penugasan.

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDSΒ https://www.facebook.com/polisbrickfields

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut