Situasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Perlis

Menjelang sesi pembukaan sekolah minggu depan, kadar suntikan vaksin dalam kalangan kanak-kanak melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di negeri ini masih rendah.

Sehingga 15 Mac 2022, hanya 23.2 peratus ataupun 6,746 kanak-kanak di Perlis telah menerima vaksin iaitu di bawah Pahang  24.3 peratus dan di atas Kedah sekitar 19.9 peratus.

Suntikan vaksin tersebut hanya melibatkan dos pertama kerana belum ada lagi yang lengkap dos kedua memandangkan belum mencapai tempoh matang iaitu tidak sampai tempoh lapan minggu daripada dos pertama.

Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, dianggarkan 29, 300 orang kanak-kanak berumur lima sehingga 11 tahun di negeri ini layak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan ibu bapa agar segera mendaftarkan anak-anak mereka melalui sistem MySejahtera bagi memudahkan proses vaksinasi tersebut.

Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka mengikut janji temu yang diterima sama ada melalui MySejahtera at

aupun melalui pihak sekolah dan juga boleh membawa terus anak-anak ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Masjid Alwi, PPV Kubang Gajah atau PPV Klinik Kesihatan Kampung Gial secara ‘walk-in’.

 

 

—————————————————————————————————————————————————————————-

Maklumat lanjut mengenai Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Negeri Perlis boleh didapati melalui laman Facebook “Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis” dan “Jabatan Kesihatan Negeri Perlis”.

 

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Perlis & Utusan Malaysia (15/03/2022)

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut