SKUAD WAJA PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SEMBILAN

Waja bermaksud Wanita Anti Jenayah merupakan program sukarelawan wanita yang dilaksanakan di peringkat komuniti dalam membantu dan menyampaikan maklumat serta kesedaran kepada seluruh masyarakat untuk mengambil tindakan bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.

Jabatan Pembangunan Wanita melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan mencari warganegara Malaysia yang bersemangat waja dalam memberikan apa-apa sahaja pertolongan atau sokongan sosial yang diperlukan oleh ahli komuniti dan masyarakat di Negeri Sembilan.

Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Ahli Skuad Waja PPWNNS ialah :

1) Terbuka kepada Warganegara Malaysia
2) Menetap di Negeri Sembilan
2) Berumur 18 tahun ke atas
4) Bersemangat tinggi
5) Suka membantu dan berkhidmat kepada komuniti secara sukarela.
6) Mempunyai minat dalam melaksanakan program-program atau aktiviti kemasyarakat dan kesukarelawan.
Kelebihan Menjadi Ahli Skuad Waja :-
1) Latihan dan Kit Kursus akan diberikan secara percuma kepada ahli yang mendaftar.
2) Dapat menimba pengalaman dalam menyantuni ahli komuniti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
3) Dapat mempraktikkan kemahiran komunikasi berkesan dan memupuk semangat bekerja secara berpasukan.

Sila Klik Link untuk mendaftar sebagai Ahli Skuad Waja PPWNNS
https://forms.gle/h1rZKHiTF6codhhL7

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Mazyatul Akmalia di talian 06 – 763 2859 (PPWN Negeri Sembilan)

Wanita Anti Jenayah
Wanita Waja Negara

Sumber : FB Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut