SOP VTL DENGAN SINGAPURA, THAILAND, KEMBOJA DISERAGAMKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

 Kementerian Pengangkutan memutuskan supaya prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara antara Malaysia dengan Singapura, Thailand dan Kemboja akan diseragamkan.

SOP itu dilaksanakan berasaskan kaedah Test and Release di mana pengembara tidak perlu menunggu keputusan ujian COVID-19 semasa ketibaan lapangan terbang.

Pengembara hanya perlu menjalani pengambilan calitan (swab) ujian Covid-19 semasa ketibaan dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke tempat penginapan masing-masing.

Menurut Menteri Pengangkutan, arahan itu seperti mana yang diisytiharkan dalam aplikasi MySejahtera Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan pengembara kemudian akan menaiki kenderaan pengangkutan persendirian, teksi atau kereta sewa persendirian.

“Pengembara juga perlu mengasingkan diri sementara menunggu keputusan ujian COVID-19 yang akan diperoleh dalam tempoh 24 jam,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Setelah keputusan negatif diperoleh, pengembara akan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Namun begitu, sekianya keputusan positif diperoleh, pengembara tersebut akan mengikuti protokol kesihatan sedia ada yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, penyeragaman itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengembara VTL melalui udara yang memasuki Malaysia dan memudahkan aspek penguatkuasaan di lapangan terbang.

Penyeragaman ini adalah terpakai untuk ketibaan pengembara VTL di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mulai esok.

Butiran lanjut mengenai syarat pra-pelepasan dan kemasukan ke Malaysia yang telah dikemas kini selaras dengan penyeragaman ini boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my

Penyeragaman SOP itu dibuat selari perancangan negara untuk memasuki Fasa Peralihan ke endemik pada 1 April ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu.

Sumber:

UTUSAN MALAYSIA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …