PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEMPENA PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA DI JELUTONG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Kisis Pandemik)

Bersempena Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Peringkat Negeri Pulau Pinang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) bertempat di Perkarangan Masjid AlBukhary, Bandar Baru Sungai Pinang, Persiaran Karpal Singh, Jelutong pada 19 Mac 2022 (Sabtu).

Program akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang. Selain daripada gerai pameran, jualan produk tempatan dan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan telur ayam pada harga yang menarik, Kuliah Perdana oleh penceramah terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid turut diadakan.

Jadi, ayuh warga Pulau Pinang terutama yang tinggal berhampiran Jelutong jangan lepaskan peluang untuk hadir memeriahkan program di samping dapat membeli barangan harian pada harga yang pasti menjimatkan.

Sumber : Laman FB KPDNHEP Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …