EMPAT PENERBANGAN MENERUSI VTL PULAU PINANG-SINGAPURA SETIAP HARI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Antarabangsa)

GEORGETOWN, 15 MAC 2022 : EMPAT (4) penerbangan disediakan setiap hari sebagai permulaan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) di antara Pulau Pinang dan Singapura, bermula 16 MAC 2022.

Antara syarikat penerbangan yang mengendali perkhidmatan itu ialah AirAsia, Malaysia Airlines, Scoot dan Singapore Airlines.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Mohd Nadzim Hashim, berkata pihaknya juga bersedia sepenuhnya bagi menerima kehadiran penumpang menerusi inisiatif VTL termasuk dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut beliau, inisiatif ini akan membabitkan penerbangan yang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Changi serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Menurutnya lagi, jangkaan akan ada penambahan penumpang susulan hanya dua (2) penerbangan antarabangsa di LTAPP sebelum VTL iaitu membabitkan penerbangan dari Singapura dan Taiwan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, YB Yeoh Soon Hin sempena pelancaran VTL di antara Pulau Pinang dan Singapura pada 15 MAC 2022.

Beberapa wakil syarikat penerbangan yang hadir menyatakan penjualan tiket bagi permulaan VTL Pulau Pinang-Singapura amat memberangsangkan, namun jumlahnya tidak didedahkan.

Sementara itu, YB Yeoh Soon Hin memaklumkan bahawa pihaknya sudah memastikan bahawa kawalan SOP telah dilakukan dengan ketat dan ia diterima baik oleh penumpang. Namun anggaran peratusan pengembara ke Pulau Pinang tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Manakala, pesawat pertama menerusi penerbangan Air Asia dari Singapura dijangka tiba pada jam 1.15 tengah hari  16 Mac 2022.

 

SUMBER:
BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …