KOTA BHARU – YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YBhg Che Sofie Louise Johansson berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Kelantan bagi tahun 2019 kali ke-2, Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V yang ke-50.
Istiadat pada kali ini telah diadakan 2 sesi bermula semalam pada hari pertama, seramai 175 orang penerima. Manakala hari ke-2 seramai 174 orang penerima.



SUMBER : UNIT MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN