SOALAN LAZIM PEMBERIAN VAKSIN CORONAVAC (SINOVAC) PICKids

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam usaha melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun mulai Februari 2022. Vaksin yang mula diberikan adalah Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).

Namun begitu, vaksin CoronaVac terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) telah bermula pada 7 Mac 2022 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih.

Vaksin kedua bagi program PICKids itu diluluskan secara bersyarat oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang ke-370 pada 3 Mac lalu. Ibu bapa diberi pilihan sama ada ingin mendapatkan suntikan CoronaVac ataupun Corminaty dari Pfizer.

Justeru dikongsikan pautan kepada soalan-soalan lazim berkenaan PICKids CoronaVac (Sinovac) bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut.

 Soalan lazim PICKids CORONAVAC

 

Sumber:

Laman Rasmi Facebook JKJAV

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …