SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE-88 DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) KE-88 DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
WP LABUAN – Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke 88, telah diadakan aktiviti berkayak sejauh 88KM di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan Kampung Sungai Labu, Wilayah Persekutuan Labuan pada 12 dan 13 Mac 2022.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Laksamana Pertama Hj. Satria Sarawak bin Hj. Jais, Panglima Logistik Timur. Para peserta yang terlibat terdiri daripada pihak penganjur iaitu TLDM, Persatuan Kanu Labuan dan jemputan peserta daripada pelbagai agensi kerajaan serta swasta sekitar WP. Labuan.
Pada program ini, penglibatan kapal dan bot-bot agensi penyelamat yang lain diperlukan dalam usaha memastikan keselamatan para peserta kayak terjamin semasa aktiviti berlangsung.
Selain itu, akiviti-aktiviti lain juga turut diadakan termasuklah fast combat boat ride, pameran senjata, pameran kerjaya TLDM, pertandingan Zero Point, pertandingan mewarna, demonstrasi silat, zumba, busking, dan banyak lagi.
 
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …