PROGRAM ‘BRISK WALKING’ BERSAMA MASYARAKAT PERINGKAT BALAI POLIS BRICKFIELDS

KUALA LUMPUR – Bertempat di sekitar kawasan perumahan Taman Desa dan Danau Business Centre, Kuala Lumpur, satu program ‘Brisk Walking’ Peringkat Balai Polis Brickfields telah dilaksanakan pada 11 Mac 2022 jam 5.00 petang. Hadir bagi menjayakan program ialah Sm Syed Nazeri bin Syed Zain bersama 7 anggota Balai Polis Brickfields.

Tujuan program diadakan ialah untuk menunjukkan kehadiran Polis (Omnipresence) di kawasan perumahan Taman Desa dan Danau Business Centre disamping bertemu dengan masyarakat khususnya para peniaga dan orang awam melalui pendekatan berjalan kaki di lokasi tersebut.

Di samping itu, program ini sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan dengan pergerakan yang dilakukan serta input yang diperolehi daripada masyarakat melalui perjumpaan empat mata. Dengan ini, penyampaian maklumat dan respon yang lebih berkesan dapat disampaikan. Masyarakat turut digalakkan untuk menyalurkan sebarang maklumat terutamanya berkaitan jenayah dengan menghubungi Balai Polis Brickfields (03-79824999) dan Ipd Brickfields (02-22979268).

Masyarakat yang ditemui amat berpuas hati dengan tahap perkhidmatan PDRM khususnya dari pegawai dan anggota Balai Polis Brickfields dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan komuniti dalam kawasan Brickfields. Program berakhir dengan jayanya jam 7.00 petang.

#StaySafe

#KitaJagaKita

#ThinkBeforeActing

#JustDoaUasahaIkhlasTawakal

#balaipolisbrickfields

#ipdbfMac2022

SUMBER : FB IPD BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …