KURANGKAN KEBERGANTUNGAN TERHADAP UJIAN PCR DAN LEBIHKAN KEPADA UJIAN RTK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April akan datang, kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada ujian PCR dan mengutamakan ujian RTK-Antigen dalam menjalani kehidupan seharian.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu perkongsian di Twitternya pada 14 Mac 2022 telah memaklumkan beberapa faktor mengapa ujian RTK-Antigen perlu menjadi rujukan kita sekarang. Antara faktor-faktor tersebut ialah :

• PCR lebih mahal berbanding Kit ujian pantas (RTK) Antigen yang lebih murah dan mudah didapati.

• Keputusan PCR mengambil masa yang lama, antara 24 jam hingga 48 jam. Keputusan ujian RTK boleh diperolehi dalam tempoh 15 minit.

• Pakar kesihatan berpendapat RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi.

• Ada sesetengah Ujian PCR akan terus menunjukkan positif meskipun pesakit sudah pulih kerana mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi.

• Ujian RTK lebih efektif ketika negara mendepani gelombang Omicron bagi mengesan kes positif dengan lebih pantas.

 

Sumber : Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …