TIGA FOKUS UTAMA PERLU DIBERI PERHATIAN GLC DAN GLIC

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Usaha Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) tahun ini perlu berdasarkan tiga fokus utama yang digariskan dalam Bajet 2022 iaitu Keluarga Malaysia, perniagaan dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. YAB Perdana Menteri berkata demikian dalam satu wawancara sempena Hari Terbuka GLC 2022. Hari Terbuka GLC 2022 telah berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menyaksikan penyertaan 25 buah GLIC/GLC.

Beliau berkata, pemulihan ekonomi perlu diberi perhatian oleh GLC dan GLIC supaya kembali mampan dan merapatkan semula jurang ekonomi menerusi pemerkasaan komuniti, projek berteraskan konsep lestari, projek pembangunan untuk pemulihan serta projek ketersambungan digital.

Perdana Menteri turut memaklumkan fokus kedua GLC dan GLIC ialah mengembalikan keupayaan dan daya saing perniagaan menerusi pelbagai inisiatif seperti pembiayaan perniagaan serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui ekosistem GLC dan GLIC, termasuk peniaga dan syarikat Bumiputera.

Jelasnya, ini termasuk inisiatif Jalinan GLC: Memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bernilai RM5 bilion bagi membantu usahawan PMKS.

 

Sumber:

Sinar Harian

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …