SMEEF 2.0: PEMBIAYAAN KHAS UNTUK PKS TERJEJAS SEHINGGA RM100K

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui SME Corporation Malaysia telah memperkenalkan bantuan pembiayaan khas di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) dengan versi ditambah baik dari dana Kecemasan PKS (SMEEF). SMEEF 2.0 ini akan diuruskan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan merupakan bantuan pembiayaan khas untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk akibat banjir, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF, Azizi Mustafa berkata, di bawah SMEEF 2.0, MIDF menawarkan bantuan pembiayaan sehingga RM100,000. Katanya, bantuan itu diberikan kepada PKS terjejas akibat banjir dalam semua sektor ekonomi meliputi pelbagai keperluan asas perniagaan termasuk untuk pembiayaan aset seperti mesin, membaik pulih premis perniagaan dan modal kerja.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut