FAKTA ILMIAH : FIDYAH

Fidyah bermaksud denda yang dikenakan kepada orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan atas sebab-sebab tertentu atau kerana sengaja melewatkan qada puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya.

Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa adalah WAJIB untuk membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman maksudnya,
“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”
[al-Baqarah 2:184]

Kalkulator Fidyah: https://mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
Bayar Fidyah: https://www.zakatns2u.biz/fidyah/
Baca lebih lanjut: https://mains.gov.my/v1/zakat/fidyah
#MAINS #ZakatNegeriSembilan #FidyahNegeriSembilan

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut