PROGRAM BACK TO SCHOOL BERI MANFAAT KEPADA 1,000 MURID DI JELEBU

   

JELEBU, 13 Mac – Seramai 1000 murid di daerah Jelebu telah menerima manfaat berupa bantuan bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2022 sempena program ‘Back to School’ anjuran Ahli Parlimen Jelebu hari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, setiap murid di daerah ini berhak menerima bantuan ini tanpa mengira fahaman politik, warna kulit, bangsa dan agama.

“Bantuan ini adalah sebagai motivasi kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah dengan hati yang tenang dan gembira di samping dapat meringankan beban ibu bapa bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak”.

Program selama satu hari ini diadakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah Jelebu iaitu DUN Klawang, Chennah, Pertang dan juga Sg. Lui.

Sumber : FB Malaysia Aktif

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …