PROGRAM PEMANTAPAN KEPIMPINAN MEMBENTUK JATI DIRI DAN IDENTITI

SUNGAI UDANG, 13 Mac – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka  dengan kerjasama Markas Pertama Briged Infantri dan Rejimen 514 Askar Wataniah telah menganjurkan Program Pemantapan Kepimpinan dan Latihan Kecergasan bersama Rakan Strategik Negeri Melaka.

Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk diri menjadi seorang individu yang mempunyai sifat kepimpinan dan mempunyai pemikiran yang strategik serta berwawasan dalam mengurus tadbir sesebuah oragnisasi disamping mengeratkan hubungan antara rakan strategik dan warga kerja MKN Negeri Melaka.

Program yang diadakan di Lapang Sasar, Kem Terendak Sungai Udang ini dimulakan dengan Taklimat Keselamatan oleh pegawai MKN Negeri Melaka, Taklimat Pengendalian Senjata Api oleh Anggota Rejimen 514 AW dan diteruskan dengan Pertandingan Menembak Individu dan Berkumpulan.

Turut hadir ialah Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah MKN Negeri Melaka dan Lt Kol Mohamad Nasaruden bin Md Hassan, Timbalan Komander Rejimen 514 AW.

Tuan Mohd Nasrul bin Menhat tidak ketinggalan menyertai Pertandingan Menembak acara Individu. Turut kelihatan, Lt Kol Mohamad Nasaruden bin Md Hassan di sebelah beliau.

Tim MKN Negeri Melaka

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …