Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun, terutamanya semasa negara akan memulakan fasa peralihan ke endemik 1 April depan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM menerusi catatan di akaun Facebook rasminya hari ini berkata kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19.
Menurutnya, ini memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#KeluargaMalaysia
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#KeluargaMalaysia



