HIDDEN GEMS DI KELANTAN (KG ARIL, PERINGAT, KOTA BHARU)

 

Dahulu, sebahagian daripada kampung ini dipenuhi hutan yang merupakan habitat binatang buas.

Pada tahun 1870, sekumpulan penggembara muda etnik Siam berasal dari daerah Chekong singgah bermalam dikampung ini.
Mereka mengambil keputusan pulang ke negara asal setelah perkampungan yang mereka buka di daerah Gong Kulim semasa berburu tidak begitu sesuai untuk bercucuk tanam.
Bersama pengembara ini terdiri dari penari-penari Menora yang dikenali sebagai kumpulan Nakleng. Sudah menjadi kebiasaaan di setiap persinggahan, mereka akan mempersembahan kesenian tarian Menora.
Kerana penduduk kampung ini amat meminati persembahan Menora, penghulu kampung yang dikenali sebagai Tok Aril mempelawa kumpulan mereka tinggal dikampung ini.
Bertitik tolak dari peristiwa inilah komuniti mereka hidup secara harmoni bersama penduduk melayu dan kekal hingga kini.
Itulah sebahagian sejarah dari perbualan dengan beberapa orang penduduk kampung.
Disebabkan kisah inilah, lahirnya “Inspirasi Kampung Aril” yang dibina secara gotong royong oleh lima orang penduduk kampung.
Berlatar belakangkan sawah padi nan menghijau serta permandangan bukit yang indah, suasana disini amat mendamaikan jiwa.

#tourismkelantan

#kelantanstate

SUMBER : KELANTAN STATE – TOURISM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …