POLIS KELANTAN KERAH LEBIH 500 ANGGOTA PERKETAT SEMPADAN

PASIR MAS : Polis Kelantan mengerahkan lebih 500 anggotanya untuk memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri itu menjelang pembukaan semula sempadan negara pada 1 April depan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata anggota Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am turut ditugaskan termasuk melakukan rondaan di 92 pangkalan haram yang terdapat di sekitar kawasan sempadan negara.

“Tugasan rondaan memberi fokus kepada pencegahan penularan Covid-19 dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Kami menjangkakan berlakunya pertambahan pergerakan keluar dan masuk sempadan…Polis Kelantan bersiap siaga dengan segala kemungkinan termasuk mengekang aktiviti penyeludupan melalui darat atau air,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir bagi Program ‘Tangan Bersalaman’ di Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh dekat Rantau Panjang di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini.

Beliau berkata langkah itu selari dengan perancangan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik yang akan merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan setelah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

 

 

SUMBER : HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) BANTU KAMI …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Tindakan penguatkuasaan …
Maklumat Lanjut