680 KILOGRAM MINYAK MASAK DISYAKI CUBA DISELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN KPDNHEP KELANTAN

 

TUMPAT : Operasi Bersepadu Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan dan, Unit Ronda MPV, Pasukan Polis IPD Tumpat bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan, telah dijalankan bagi membanteras penyeludup barangan kawalan disini semalam.
Maklumat risikan mengesan pergerakan mencurigakan sebuah kenderaan dari Daerah Tumpat menuju ke Kg. Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat, Kelantan disyaki membawa muatan barang kawalan untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.
Pasukan telah berjaya menahan sebuah kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan dibahu jalan hadapan Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat, Kelantan, namun pemandu kenderaan tersebut berjaya melarikan diri didalam semak berhampiran pada jam 1.40 petang.
Hasil pemeriksaan lanjut keatas motokar tersebut, pasukan telah menjumpai minyak masak bersubsidi anggaran 680 kilogram dijumpai didalam kenderaan tersebut disyaki untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.
Nilai rampasan barangan kawalan minyak masak paket 1kg bersubsidi yang disita anggaran RM 1700.00 dan kenderaan anggaran sebanyak RM 35,000.00 keseluruhannya RM 36,700.00 kesemua barang kawalan tersebut disita dan siasatan lanjut akan dijalankan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan ini.

#kpdnhepkelantan

#barangkawalan

SUMBER : KPDNHEP KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …