DATA PERIBADI ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Keselamatan Data Peribadi anda bermula dari diri anda sendiri, sentiasa berhati-hati dan sentiasa baca terma dan syarat dalam apa jua urusan yang melibatkan data peribadi.

Diantara hak-hak anda apabila seseorang atau organisasi mengambil dan merekodkan butir-butir peribadi anda untuk tujuan transaksi komersial, pengguna data tersebut hendaklah memberikan:

  • Nama organisasi atau orang yang mengumpul maklumat atau dari mana mereka mengumpul maklumat;
  • Sebab-sebab mereka memerlukan data peribadi;
  • Apa-apa maklumat lain yang mungkin anda perlukan untuk memastikan bahawa mereka mengendalikan butir-butir diri anda dengan adil. Sebagai contoh butir-butir sesuatu pertubuhan atau orang lain yang mereka akan menzahirkan butir-butir peribadi anda; dan
  • Jika sesebuah organisasi atau individu telah mendapat data peribadi anda dari orang lain yang tidak secara langsung daripada anda, mereka mesti memberitahu anda bahawa, mereka ada memegang data peribadi anda dan memberitahu pengguna data yang asal.

Anda boleh membuat aduan jika berlaku salah laku menerusi portal Jabatan Perlindung Data Peribadi. Selain itu bagi perlindungan data peribadi menerusi pembelian atas talian, anda boleh merujuk infografik di bawah:

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …