DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)
Kajian daripada penyelidik tempatan mendapati virus COVID-19 mampu terampai lama dalam udara dan tersebar sejauh lebih dua meter malah, melangkaui sehingga enam meter dalam ruangan tertutup tanpa pengaliran udara segar. Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Prof Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir mendapati ruangan tertutup serta operasi penghawa dingin yang mengitar semula udara akan memudahkan penyebaran virus dalam udara melalui aerosol.
Manakala kajian kedua oleh pakar simulasi udara dalaman, Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR), Prof Madya Dr Bernard Saw Lip Huat bersama pakar toksikologi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Leo Bey Fen berkongsi hasil dapatan bahawa virus COVID-19 sukar dikawal penyebarannya kerana zarah virus itu berada dalam udara selama lebih 8 jam.
Oleh yang demikian, pastikan anda hadkan masa berada di kawasan seperti pusat beli belah, pasar raya, restoran dan sebagainya kerana tempat tertutup adalah kawasan berisiko berlaku jangkitan COVID-19.
Sebagai maklumat tambahan, bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 daripada terus berlaku, elakkan daripada berkongsi peralatan makanan, makanan serta minuman kerana ia berisiko tinggi kepada kita terhadap jangkitan COVID-19.
Sumber:
Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia