PROGRAM R.I.S.E CAMP PEMANTAPAN TINGKAH LAKU SOSIO-BUDAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Tingkah Laku Sosio-Budaya)

Kamus Dewan dan Pustaka menyatakan sosio-budaya dapat didefinisikan sebagai hubungan budaya dan masyarakat. Sosio-budaya merupakan amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat. Oleh demikian adalah amat penting dalam membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri budaya yang positif dalam usaha membentuk sebuah negara yang sejahtera.

Di Negeri Pulau Pinang pada 12 Mac 2022 telah berlangsungnya Program R.I.S.E Camp (Remaja Islam Sentiasa Excellent) tahun 2022 anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Hj Norizan Bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial Komuniti JAKIM.

Program ini disertai seramai 22 orang remaja islam dari pelbagai daerah di Pulau Pinang bertempat di White Resort Camp Balik Pulau dan diharapkan program ini dapat membentuk sosio-budaya yang positif dalam kalangan peserta.

 

Sumber:

Laman Facebook Bahagian Keluarga Sosial, & Komuniti, JAKIM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …