PENGUATKUASAAN KE ATAS PREMIS DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BAYAN LEPAS FASA 4 SERTA RONDAAN PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah mengadakan aktiviti penguatkuasaan pada 11 Mac 2022 yang lalu. Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran alam sekitar ini dijalankan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 4. Satu (1) premis yang telah diperiksa mendapati premis tersebut mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah diteruskan ke kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 4, IKS Diamond Valley dan IKS Batu Maung , dan didapati tiada pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka diteruskan di sekitar Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, Batu Uban, Sg. Dua, Gelugor, Taman Tun Sardon, Bukit Gambir, Bukit Jambul, Jalan Paya Terubong, Relau, Kampung Batak, Sg. Ara, Kampung Seronok, Kampung Binjai, Permatang Damar Laut dan Bayan Lepas, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Sumber : Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …