PULAU PINANG: TIADA LAGI HOTEL KUARANTIN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang Yeoh Soon Hin pada hari ini (10 Mac 2022) menyatakan tiada lagi hotel kuarantin di Pulau Pinang selepas industri perhotelan di negeri ini kembali bangkit dengan aktiviti pelancongan yang semakin meningkat.

Beliau memaklumkan hotel yang sebelum ini dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) kini telah kembali beroperasi seperti biasa.

Ketika ini, terdapat tiga (3) PKRC di Pulau Pinang iaitu Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) Jawi di Nibong Tebal; Kompleks Masyarakat Penyayang dan Blok Pergigian Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown yang masih beroperasi.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …