PENGUATKUASA KPDNHEP PULAU PINANG TERUSKAN AKTIVITI PEMERIKSAAN PEMATUHAN SOP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT  (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang terus giat melaksanakan pemeriksaan melibatkan pematuhan kepada Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat serta pemeriksaan barangan keperluan seperti bekalan ayam, telur dan minyak masak di sekitar Pasar Awam Penanti, Seberang Perai Tengah pada 10 Mac 2022 (Khamis). Pemeriksaan telah dilakukan oleh empat (4) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang melibatkan 45 buah premis.

Selain itu, seramai tiga (3) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang turut melakukan aktiviti pemeriksaan SOP PPN Fasa 4, pemeriksaan test kit COVID-19 dan tepung gandum di sekitar kawasan Perda melibatkan tujuh (7) buah premis.

Sumber : FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …