DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian pada 10 Mac 2022 di premis sekitar Jelutong dan Jalan Patani, Daerah Timur Laut.
Pemeriksaan dilaksanakan oleh tiga (3) orang Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Timur Laut melibatkan enam (6) buah premis di Jelutong dan 20 premis di Jalan Patani.


Sumber : FB KPDNHEP



