DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Peluang Pekerjaan Warga Tempatan)
Timbalan Ketua Menteri I Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman pada 10 Mac 2022 telah memaklumkan bahawa sebuah koperasi baharu iaitu Koperasi Komuniti Pulau Pinang Selatan Berhad (KKPPSB) akan ditubuhkan di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) Projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSR). KKPPSB akan memberi manfaat kepada nelayan, penduduk dan komuniti perniagaan setempat di Pulau Pinang Selatan.
Ahmad Zakiyuddin berkata, penubuhan penubuhan KKPPSB juga dilihat sebagai wajar kerana projek pembangunan PSR akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar projek. Banyak peluang perniagaan akan diwujudkan seperti pembekalan barangan dan perkhidmatan yang menyokong pembangunan PSR, aktiviti perikanan rekreasi dan agropelancongan yang akan membawa pendapatan bagus untuk masyarakat setempat.
Sumber: