PERSEDIAAN KOMUNIKASI MENGHADAPI BENCANA

Manfaatkan teknologi merupakan salah satu persediaan komunikasi ketika menghadapi bencana yang anda perlu ketahui.

Antaranya elakkan aktiviti penstriman dan kurangkan memuat naik serta memuat turun gambar dan video semasa bencana. Perkara ini mungkin akan menyebabkan anda lalai dan berisiko kepada bahaya bencana.

Seterusnya, jimatkan bateri dengan mengurangkan kecerahan skrin, tutup aplikasi yang tidak perlu dan aktifkan tetapan penerbangan (flight mode) ketika menggunakan peranti.

Ayuh manfaatkan teknologi sebagai persediaan untuk kita menghadapi bencana yang mungkin berlaku. Semoga bermanfaat buat semua. #KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Sumber: JABATAN PENERANGAN

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …