MESYUARAT KUMPULAN KERJA GERAKSARAF DAN PERANGSARAF NEGERI PULAU PINANG BIL.1/2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

MKN Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Geraksaraf Dan Perangsaraf Negeri Pulau Pinang Bil.1 Tahun 2022 pada 10 Mac 2022 bertempat di Pejabat MKN Pulau Pinang.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Pulau Pinang ini adalah selaras dengan Arahan MKN No. 3 yang menyatakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Geraksaraf dan Perangsaraf Negeri perlu ditubuhkan untuk membantu perjalanan Mesyuarat Jawatankuasa Geraksaraf dan Perangsaraf Negeri.

Mesyuarat Kumpulan Kerja GSPS Bil.1/2022 kali ini telah membincangkan tentang perancangan gerak kerja program-program GSPS yang boleh dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang khususnya Daerah Barat Daya tertutamanya dalam menerapkan konsep Keluarga Malaysia dalam kalangan masyarakat setempat.

Di Malaysia, perpaduan dalam komuniti pelbagai kaum sebahagian daripada sejarah dan warisan dan menjadi sumber penting integrasi kaum selama bertahun-tahun dan pastinya memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia tempat yang harmoni untuk hidup dan bekerja.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …