CUBAAN TERJUN DARIPADA JAMBATAN PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Berdasarkan kepada Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Konsep Keselamatan Menyeluruh adalah konsep yang diguna pakai dalam mencerminkan DKN 2021-2025. Keselamatan menyeluruh adalah suatu usaha berterusan yang seimbang, bersepadu dan terintegrasi di setiap peringkat pentabiran kerajaan dan struktur masyarakat serta merentas semua bidang bagi tujuan memastikan negara terpelihara dari sebarang ancaman dalaman dan luaran demi menjamin Persekutuan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera.

Baru-baru ini pada 9 Mac 2022, telah berlakunya cubaan terjun ke dalam laut daripada Jambatan Pulau Pinang oleh seorang wanita. Namun yang demikian cubaan wanita tersebut telah digagalkan oleh dua orang wira iaitu Saudara Masry Che Ani, 48,dan Saudara Ahmad Zhafaran Nasib, 38. Kejadian ini membuktikan bahawa masyarakat juga turut memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan orang awam.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari pada 9 Mac 2022 itu, kedua-kedua jurugambar tersebut yang dari arah Butterworth menuju ke George Town, terlihat seorang wanita berusia 30-an sedang memanjat tembok di hentian kecemasan di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang. Susulan itu, Masry Che Ani bertindak pantas dengan menarik wanita itu dan dibantu Ahmad Zhafaran Nasib bagi menghalang wanita tersebut terjun ke laut.

Tahniah diucapkan kepada wira-wira yang telah menyelamatkan wanita tersebut. Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama.

 

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …