FASA PERALIHAN ENDEMIK: PENGEMBARA TIDAK DIVAKSIN PERLU JALANI KUARANTIN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

 

Selaras dengan pengumuman Malaysia akan beralih ke Fasa Endemik pada 1 April 2022, dimaklumkan bahawa pengembara tidak divaksin perku menjalani kuarantin.

Pengembara yang memasuki Malaysia tetapi tidak mendapat vaksinasi lengkap/ tidak terima vaksinasi perlu menjalani KUARANTIN selama lima (5) hari. Pengembara-pengembara yang telah selesai tempoh kuarantin perlu patuh kepada syarat atau SOP yang ditetapkan sebagai contoh: “Tidak boleh makan di restoran sehingga menerima vaksinasi lengkap”

Manakala bagi kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin namun perlu melakukan ujian COVID-10 RTK (Ag) dalam tempoh masa 24 jam selepas ketibaan.

Bagi pengembara yang dikecualikan menerima vaksinasi atas faktor kesihatan perlulah memuat naik bukti pengecualian yang diberi pegawai perubatan ke dalam aplikasi MySejahtera.

Sumber : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …