PELABURAN SEKTOR PEMBUATAN PULAU PINANG 2021 MELONJAK KEPADA RM76.2 BILION

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

 

GEORGETOWN, 09 Mac 2022 – Prestasi perindustirian Pulau Pinang terus mencatatkan kecemerlangan meskipun berhadapan cabaran akibat pandemic COVID-19, dengan pelaburan pembuatan diluluskan mecapai paras tertinggu sebanyak RM76.2 bilion pada tahun 2021 berbanding RM14.1 bilion pada tahun 2020.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, rekod Pulau Pinang pada tahun 2021 itu menjangkaui prestasi terdahulunya secara ketara melalui projek penting daripada Intel Electronics dan Ibiden Electronics dan melepasi pelaburan terkumpul dari 2012 hingga 2020 (RM73.1 bilion).

Pelaburan pembuatan diluluskan bagi Pulau Pinang bernilai RM76.2 bilion pada 2021 melibatkan 111 projek. Pulau Pinang merupakan penerima pelaburan langsung asing (FDI) pembuatan tertinggi di Malaysia apabila menyumbang RM74.4 bilion atau 98 peratus daripada pelaburan pembuatan diluluskan di Pulau Pinang.

Meskipun menghadapi pandemik COVID-19, Pulau Pinang meneruskan kecemerlangan dalam sektor galakan utama seperti elektrik dan elektronik, mesin dan perlatan, teknologi perubatan dan bidang termaju lain. Ekosistem industry yang teguh di Pulau Pinang dan kumpulan pekerja yang kukuh telah membilehkan syarikat untuk mencapai daya tahan rantaian bekalan dan kelenihan operasi, yang mana ia penting terutamanya untuk menurangkan kesan daripaa hangguan dan penyusunan semula rantaian bekalan global.

Menurut Ketua Menteri itu lagi, pelaburan ini dijangka menjana peluang persetempatan rantaian bekalan yang luas dan memerikan betanda baik kepada syarikat tempatan, selain mengukuhkan lagi penembusan Pulau Pinang menuju rantaian bekalan global.

Sumber : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …